Train The Trainer Penolong Pengurus PI Negeri Perlis
10 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2019, staf Pusat Internet telah menghadiri Bengkel Train The Trainer Penolong Pengurus Pusat Internet Negeri Perlis bertempat di Pusat Internet RPA Arau. Program ini diadakan bagi membuat perbincangan tentang modul-modul advokasi baru yang diperkenalkan oleh MCMC untuk program akan datang.
Bengkel seperti ini dapat memberi pendedahan tentang penerangan Modul Klik Dengan Bijak , latar belakang MCMC serta statistik kes-kes berkaitan dengan jenayah siber. Selain itu , dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: